Tolong Klik Iklan Ini. Terima kasih

Sunday, October 16, 2011

PPKS Miri berjaya memperbaharui Amalan persekitaran Berkualiti 5S



Salam Warga PPKS Miri,

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas usaha gigih tuan-tuan/puan-puan di dalam menjayakan perlaksanaan 5S di Kampus PPKS Miri. SYABAS & TAHNIAH !  Semoga usaha serta komitmen sedemikian akan diteruskan untuk kecemerlangan bersama.

Sekian.

“Preparing You To Make A Difference”

Hajah Khaninah Haji Ariff
Regional Director
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak
Wilayah Miri,
Block 1, MCLD, Jalan Shell,
98000 Lutong, Miri, Sarawak.

Wednesday, October 12, 2011

Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PPKS Miri 2010


Inilah gambar kenangan bersama Auditor MPC yang telah menjalankan Audit 5S di PPKS Miri pada tahun 2010.  Dengan asas kerjasama yang kukuh dan mantap, PPKS Miri akhirnya telah berjaya mendapat Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) daripada MPC.  Semoga kekuatan dan kerjasama yang sama akan membolehkan PPKS Miri mendapat persijilan semula pada 14 Oktober 2011 (Jumaat) ini.  Semoga berjaya semua, Insyaallah.

Lawatan Penanda Aras Perlaksanaan Amalan 5S di Pustaka Miri

 
PPKS Miri telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pustaka Miri pada 25 Mei 2011 untuk meningkatkan kefahaman berkaitan Amalan Persekitaran Berkualiti (Amalan 5S) kepada kakitangan PPKS Miri. Rombongan lawatan ini telah diketuai oleh Encik Arni Morshidi dan seramai 20 orang kakitangan PPKS Miri terlibat dalam lawatan ini. Peserta rombongan telah didedahkan dengan kaedah-kaedah dan sistem-sistem 5S yang diamalkan di Pustaka Miri dan sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang jelas untuk peserta rombongan mengimplementasikannya di Sektor dan Unit masing-masing.

Tuesday, October 11, 2011

Video Kenapa Perlunya 5S

Kenapa 5S Gagal Dilaksanakan

KURANG KOMITMEN DARI CEO/MD

BUDAYA KERJA

TIADA AGENDA MESYUARAT

KURANG PENGETAHUAN 5S

TIADA WAKTU UNTUK 5S

5S SEGERA SEBELUM AUDIT

TUGAS 5S TIDAK DIBERI KEPADA SEMUA

Ceramah 5S untuk Kakitangan Baru PPKS

30.09.2011 ~ JK Latihan 5S PPKS Miri telah mengadakan satu taklimat Amalan 5S kepada kakitangan Baru PPKS Miri. Ceramah ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPKS Miri.  Objektif taklimat adalah untuk memberi kefahaman berterusan tentang perlaksanaan 5S di PPKS Miri. Taklimat telah disampaikan oleh En. Dilah Tuah.

Taklimat 5S untuk Kakitangan PPKS

27.01.2011 ~ JK Latihan 5S PPKS Miri telah mengadakan satu taklimat Amalan 5S kepada kakitangan PPKS miri. Taklimat ini telah diadakan di Bilik A-20 PPKS Miri.  Objektif taklimat adalah untuk memberi kefahaman berterusan tentang perlaksanaan 5S di PPKS Miri. Taklimat telah disampaikan oleh En. Afrizul Gusni.

Taklimat 5S untuk Kakitangan PPKS

30.06.2011 ~ JK Latihan 5S PPKS Miri telah mengadakan satu taklimat Amalan 5S kepada kakitangan PPKS miri. Taklimat ini telah diadakan di Bilik A-20 PPKS Miri.  Objektif taklimat adalah untuk memberi kefahaman berterusan tentang perlaksanaan 5S di PPKS Miri. Taklimat telah disampaikan oleh En. Afrizul Gusni.

Taklimat 5S untuk Kakitangan Sokongan

9.09.2011 ~ JK Latihan 5S PPKS Miri telah mengadakan satu taklimat Amalan 5S kepada kakitangan sokongan khususnya Pengawal Keselamatan dan Cleaner. Taklimat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPKS Miri.  Objektif taklimat adalah untuk memberi kefahaman tentang perlaksanaan 5S di PPKS Miri. Taklimat telah disampaikan oleh En. Dilah Tuah.

Taklimat 5S untuk Pelajar Baharu Sesi Januari 2011

13.01.2011 ~ JK Latihan 5S PPKS Miri telah mengadakan satu taklimat Amalan 5S kepada semua pelajar Baru SKM Sesi Januari 2011. Taklimat ini telah diadakan di Bilik A-20 PPKS Miri.  Objektif taklimat adalah untuk memberi kefahaman tentang perlaksanaan 5S di PPKS Miri. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Huzainah Bt Abd. Rani.

Taklimat 5S untuk Pelajar INSEP SHO

7.07.2011 ~ JK Latihan 5S PPKS Miri telah mengadakan satu taklimat Amalan 5S kepada pelajar INSEP SHO. Taklimat ini telah diadakan di Bilik A-13 PPKS Miri.  Objektif taklimat adalah untuk memberi kefahaman tentang perlaksanaan 5S di PPKS Miri. Taklimat telah disampaikan oleh En. Dilah Tuah.

Taklimat 5S untuk Pelajar SKM - Sistem Maklumat & Elektronik Industri

6.10.2011 ~ JK Latihan 5S PPKS Miri telah mengadakan satu taklimat Amalan 5S kepada semua pelajar SKM ~ Sistem Maklumat & Elektronik Industri. Taklimat ini telah diadakan di Bilik A-20 PPKS Miri.  Objektif taklimat adalah untuk memberi kefahaman tentang perlaksanaan 5S di PPKS Miri.  Taklimat telah disampaikan oleh En. Afrizul Gusni.

Taklimat 5S untuk Pelajar SKM

5.05.2011 ~ JK Latihan 5S PPKS Miri telah mengadakan satu taklimat Amalan 5S kepada semua pelajar SKM. Taklimat ini telah diadakan di Bilik A-19 PPKS Miri.  Objektif taklimat adalah untuk memberi kefahaman tentang perlaksanaan 5S di PPKS Miri. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Huzainah Bt Abd. Rani.

Apa itu 5S


Apa Itu 5S?
Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Sisih (Seiri)
Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton)
Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso)
Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu)
Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke)
Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

Audit Persijilan 5S oleh MPC

12-10.2011: Semoga berjaya diucapkan kepada warga PPKS Miri dalam Audit Pematuhan Persijilan bagi Amalan Persekitaran Berkualiti(5s) pada 14 Oktober 2011 (Jumaat). Audit akan dijalankan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi mempastikan PPKS Miri memenuhi kriteria 5S bagi persekitaran berkualiti dalam skop pengurusan pejabat.