Tolong Klik Iklan Ini. Terima kasih

Sunday, October 16, 2011

PPKS Miri berjaya memperbaharui Amalan persekitaran Berkualiti 5S



Salam Warga PPKS Miri,

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas usaha gigih tuan-tuan/puan-puan di dalam menjayakan perlaksanaan 5S di Kampus PPKS Miri. SYABAS & TAHNIAH !  Semoga usaha serta komitmen sedemikian akan diteruskan untuk kecemerlangan bersama.

Sekian.

“Preparing You To Make A Difference”

Hajah Khaninah Haji Ariff
Regional Director
Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak
Wilayah Miri,
Block 1, MCLD, Jalan Shell,
98000 Lutong, Miri, Sarawak.

Wednesday, October 12, 2011

Audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PPKS Miri 2010


Inilah gambar kenangan bersama Auditor MPC yang telah menjalankan Audit 5S di PPKS Miri pada tahun 2010.  Dengan asas kerjasama yang kukuh dan mantap, PPKS Miri akhirnya telah berjaya mendapat Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) daripada MPC.  Semoga kekuatan dan kerjasama yang sama akan membolehkan PPKS Miri mendapat persijilan semula pada 14 Oktober 2011 (Jumaat) ini.  Semoga berjaya semua, Insyaallah.

Lawatan Penanda Aras Perlaksanaan Amalan 5S di Pustaka Miri

 
PPKS Miri telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Pustaka Miri pada 25 Mei 2011 untuk meningkatkan kefahaman berkaitan Amalan Persekitaran Berkualiti (Amalan 5S) kepada kakitangan PPKS Miri. Rombongan lawatan ini telah diketuai oleh Encik Arni Morshidi dan seramai 20 orang kakitangan PPKS Miri terlibat dalam lawatan ini. Peserta rombongan telah didedahkan dengan kaedah-kaedah dan sistem-sistem 5S yang diamalkan di Pustaka Miri dan sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran yang jelas untuk peserta rombongan mengimplementasikannya di Sektor dan Unit masing-masing.

Tuesday, October 11, 2011

Video Kenapa Perlunya 5S

Kenapa 5S Gagal Dilaksanakan

KURANG KOMITMEN DARI CEO/MD

BUDAYA KERJA

TIADA AGENDA MESYUARAT

KURANG PENGETAHUAN 5S

TIADA WAKTU UNTUK 5S

5S SEGERA SEBELUM AUDIT

TUGAS 5S TIDAK DIBERI KEPADA SEMUA

Ceramah 5S untuk Kakitangan Baru PPKS

30.09.2011 ~ JK Latihan 5S PPKS Miri telah mengadakan satu taklimat Amalan 5S kepada kakitangan Baru PPKS Miri. Ceramah ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPKS Miri.  Objektif taklimat adalah untuk memberi kefahaman berterusan tentang perlaksanaan 5S di PPKS Miri. Taklimat telah disampaikan oleh En. Dilah Tuah.